MAS Airlines melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan beberapa penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah/Sarawak dan dari Sabah/Sarawak ke Kuala Lumpur pada 18 April telah dibatalkan selepas Gunung Ruang di Indonesia meletus semalam. Menurut MAS lagi, pihaknya akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa. “Maklumat lanjut melibatkan penerbangan-penerbangan yang dibatalkan akan dikemas kini di sini (platform media sosial MAS) dan berhubung secara terus dengan penumpang yang terjejas,” kata MAS.
Pada masa sama, syarikat penerbangan berusaha untuk menampung para penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan kepada penerbangan alternatif sejurus keadaan bertambah baik. Sementara itu, penumpang digesa untuk mengemas kini butiran nombor untuk dihubungi melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines. Hal ini kerana untuk menerima kemas kini yang tepat dari masa ke semasa melalui e-mel dan SMS. “Keselamatan penumpang dan anak kapal kami kekal penting kepada Malaysia Airlines,” ujar MAS lagi.
Gunung Ruang iaitu sebuah gunung berapi yang terletak di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara dilapor meletus semalam. Letusan gunung berapi yang menghemburkan lahar dan debut itu turut menghasilkan kilat, sekaligus mewujudkan suasana menyeramkan. Susulan itu, Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia telah menaikan peringkat aktiviti Gunung Ruang dari Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada Rabu.
Memetik laporan Kompas.com, keputusan untuk menaikkan tahap amaran itu dibuat selepas pemantauan mendapati aktiviti di gunung berapi berapi berkenaan terus meningkat. Menurut Ketua Badan Geologi Kementerian Tenaga Dan Sumber Daya, Hendra Gunawan berkata aktiviti visual dan seismik Gunung Ruang sudah pun menunjukkan peningkatan yang ketara sejak Selasa lalu. Sumber: Siakap keli. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.