Pelakon dan pengacara Amelia Henderson bengang apabila rantai leher dipakainya dipersoal warganet dengan mengatakan ia seperti loket salib. Malah, aktres berusia 28 tahun itu turut meminta warganet berhenti berbalah sesama mereka mengenai rantai loket yang dipakainya, baru-baru ini. Amelia Henderson meluahkan rasa bengang dengan menyatakan ada banyak lagi isu penting yang boleh diperbincangkan oleh orang ramai dan bukannya aksesori dipakainya sewaktu dalam video bersama pelakon, Aedy Ashraf.
“Saya sebenarnya tidak mahu membincangkan perkara ini, tetapi saya sangat marah. Jangan ganggu saya. Saya tak faham, banyak perkara buruk berlaku di dunia kita sekarang, sebaliknya orang ramai bising melihat rantai saya?” persoalnya dalam ciapan di platform X, hari ini. Amelia tampil bersuara selepas salah seorang pengguna aplikasi X membuat ciapan dengan meluahkan kehairanan apabila aktres itu menerima kritikan.
Jelas individu berkenaan, rantai yang dipakai oleh pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu tidak memakai loket lambang salib, sebaliknya ia merupakan loket ballerina. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.