Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia tidak terkejut dengan pendedahan dibuat wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku dirinya merupakan kekasih kepada suaminya, Aliff Aziz. Ketika ditemui, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mengakui wanita itu antara yang pernah menjalinkan hubungan dengan suaminya sebelum ini. “Untuk perkara itu, saya tak terkejut sebab dia (Sarah) juga termasuk dalam senarai yang saya pernah cakapkan sebelum ini.
Macam yang saya kongsi sebelum ini saya pernah letak perakam suara dalam kereta, jadi saya dah tahu siapa dia.” Tambah Bella, dia juga sudah berjumpa dengan Sarah kira-kira seminggu lalu selepas wanita berkenaan berkeras mahu menjelaskan isu tersebut. “Dia yang mencari saya dulu, dia call dan WhatsApp saya dan kami pun sudah berjumpa kira-kira seminggu yang lalu. Sebab itu jugalah saya dan Sarah saling mengikuti satu sama lain di Instagram.”
Bella berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Universal Music Malaysia yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya. Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia agak terkejut dengan pendedahan dan pengakuan dibuat Sarah menerusi laman Instagram (IG). Namun, dalam masa sama, berasa sangat bersyukur kerana pendedahan itu boleh dijadikan sebagai bukti kukuh untuk dibawa ke mahkamah.
“Saya tak tahu secara detail tetapi bila baca apa yang diceritakan Sarah itu saya macam terkejut. Tetapi inilah kemanisan orang yang bersabar dan kebenaran itu datang dengan sendirinya dikala saya tengah ‘busy’ bekerja. Sebenarnya saya dah berada di fasa ‘move on’ dah pun, saya mula bekerja dan sibukkan diri dengan anak. Dan mungkin Allah nak permudahkan di mana bukti-bukti untuk kes mahkamah ditambah lagi (dengan pendedahan Sarah).”
Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu. Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu. Walau bagaimanapun sebutan pertama kes cerai itu terpaksa ditangguh susulan ketidakhadiran Aliff yang terikat dengan penggambaran drama ‘Terjerat’.
Aliff bagaimanapun enggan melafazkan talak pada sebutan kes crainya dihadapan Hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun ini sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Sehinggalah pada Selasa lalu, seorang wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine mengakui ‘kekasih gelap’ kepada Aliff dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu. Menurut Sarah, dia berani melakukan pendedahan itu kepada umum selepas melihat Aliff teruk dikritik susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan seorang aktres pada Mac lalu.
Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khlwt bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit. Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.