Isu masih lagi tengah hangat, kali ni Ds Vida persoalkan pasal kewangan Aliff Aziz

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida persoal kewangan penyanyi Aliff Aziz susulan timbul dakwaan mengatakan selebriti itu tidak mempunyai rumah kediaman sendiri Vida dalam hantaran terbaharu dimuat naik di platform TikTok dilihat mempersoalkan tentang kewangan selebriti asal Singpura itu selepas timbul rasa ingin tahu dalam diri usahawan tersebut. Menerusi video berdurasi seminit empat puluh lapan saat, Vida atau nama penuhnya Hasmiza Othman bertanya sampai bilakah dia perlu melihat kisah-kisah mengenai selebriti itu bersama rakan pelakon, Ruhainies dan seorang wanita dikenali Sarah Yasmine. Klik sini untuk lihat video.

“Bilalah episod Alif-lah, Sarah-lah, R R R N F R Ruhainies, apa segala dah skandal tu, sampai bila nak habis? Warganet pula nak tahu. Saya pula antara orang tak nak ambil tahu tapi duk lalu (isu Aliff Aziz) kat saya punya FYP segala tu, nak tahu jugalah,” katanya. Apa yang membuatkan dia tertanya apabila wanita dikenali Sarah Yasmin mendedahkan ibu Aliff Aziz tidak kisah dan meminta penyanyi itu tinggal di rumah wanita itu.

Namun, apa yang menjadi persoalan buat usahawan itu adalah simpanan kewangan penyanyi berusia 31 tahun tersebut kerana dilihat mempunyai masalah kediaman. “Sarah cakap Aliff 2019 tak ada rumah, tak boleh balik rumah. Kenapa rumah bini tak boleh balik tapi merempat duduk merata sana sini. Duit kau pergi mana? Job ada selalu Astro bagi,” tanya Vida. Dakwa usahawan berusia 52 tahun, Aliff juga menerima banyak tawaran kerja terutama selepas kemenangan di pentas Gegar Vaganza 8 tempoh hari.

Malah, dia turut mempersoalkan perbelanjaan suami kepada penyanyi Bella Astillah setelah memenangi pulangan hadiah bernilai RM100,000. “Puluh-puluh ribu sebulan Astro bagi job, anak emas Astro ni. Tapi duit pergi mana? Juara Gegar Vaganza dulu, duit sah sah dapat RM100 ribu, dapat job mingguan lagi. Tapi yang saya nak tahu tentang duit, kan job tak pernah putus. Bagi dekat siapa? 11 orang tu ke?

“Saya ini melihat dari segi kewangan, sila jawab. Saya nak tahu,” ujar Vida. Rata-rata warganet turut bersetuju dengan persoalan yang dilontarkan oleh usahawan sensasi itu, lebih-lebih lagi Aliff Aziz juga didakwa tidak mempunyai kenderaan selain dan lesen memandu. Terdahulu, ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine membuat pendedahan umum selepas melihat Aliff teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres, Ruhainies yang ditangkap khlwt bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit. Beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version