Jenama Coklat terkenal teruk kena kritik dengan warganet sebab ramai yang anggap bekerjasama dengan Ruhainies, ini penjelasan dari mereka

Aktres Ruhainies seakan-akan tidak dapat berhenti daripada menerima kritikan warganet tidak kira apa tindakan yang dilakukannya. Terbaharu, pelakon berusia 32 tahun itu memuat naik hantaran di Instagram Stories menunjukkan dirinya menikmati aiskrim daripada sebuah syarikat jenama coklat terkenal. Oleh kerana entri tersebut, syarikat berkenaan menerima tempias kritikan oleh netizen dek kerana dianggap bekerjasama dengan pelakon kontroversi itu.

“Wekkk boikot!” “Ni ke hero Ruhainies?” “Tolonglah buat kajian sebelum pilih seseorang tu jadi duta. Terima kasih.” Bagaimanapun, jenama berkenaan menegaskan di ruangan komen bahawa mereka tidak terlibat dengan mana-mana duta tempatan. Sekadar info, nama Ruhainies dan Aliff Aziz sebelum ini hangat diperkatakan setelah kedua-dua selebriti itu ditangkap khlwt pada 9 Mac lalu.

Isu rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali menjadi perhatian apabila seorang wanita yang mendakwa dirinya kekasih gelap Aliff tiba-tiba muncul dan membongkarkan segala skandal yang melibatkan pelantun lagu Sayang-Sayang itu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version