Impian nak timang ank tapi tak kesampaian, Elizabeth Tan dedah dia mengalami kggran di awal usia kandungan

BELUM rezeki menimang cahaya mata pertama, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mendedahkan dia mengalami keggran di awal usia kandungan. Sedih menerima berita itu, Elizabeth atau nama sebenarnya, Tan Su Mei, 31, berkata keggran itu memberikan kesan cukup mendalam buat dirinya tambahan pula dia sudah bersedia untuk bergelar ibu. “Sebenarnya saya mengalami keggran anak pertama namun kehamilan saya masih berada pada peringkat awal lagi.

Saya ke hospital dan disahkan bahawa kandungan sudah tiada lagi,” katanya. Elizabeth berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa tayangan perdana filem Sheriff di Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Elizabeth mengakui keggran itu memberi impak terhadap dirinya lebih-lebih lagi dia sudahh memberitahu keluarga dan kawan rapat mengenai kehamilannya itu. Aktres ini bagaimanapun berkata dia tidak akan berputus asa untuk bergelar seorang ibu suatu hari nanti.

“Saya sudah umumkan (pengesahan kehamilan) kepada keluarga dan kawan rapat, namun saya keggran. Ini menyedihkan tetapi saya tidak berputus asa. Pada mulanya saya tidak begitu terkesan ketika kejadian berlaku dua bulan lalu. Tidak tahu bila lagi saya akan hamil dan itu sedikit sebanyak membimbangkan saya. Malah saya juga sudah berkongsi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk mempunyai anak. Jadi perancangan itu terpaksa diubah kerana keggran. Itu yang membuatkan saya sedih,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Elizabeth berkongsi cabaran menjayakan watak ASP Jennifer Wong sebagai seorang ibu dalam filem Sheriff arahan pengarah Syafiq Yusof. “Saya belum menjadi seorang ibu lagi, jadi apabila perlu melakonkan watak sebegitu memang bukan mudah. Apa pun, saya berterima kasih di atas peluang yang diberikan. Jika dibandingkan saya dengan nama-nama besar lain dalam filem ini, siapalah saya. Namun saya harap penonton di luar sana akan datang menonton kerana ini adalah filem yang baik,” jelasnya.

Selain Elizabeth, filem yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 18 April itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan ramai lagi. Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version