PELAKON dan personaliti media sosial Harris Annuar menjelaskan dia menangis ketika dalam siaran langsung di TikTok miliknya sebelum ini disebabkan berada dalam keadaan tertekan stok kuih bangkitnya tidak terjual. Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 31, berkata, sehingga kini dia masih mempunyai 400 balang kuih bangkit yang diambil daripada pembekal. Lebih malang katanya, dia perlu menjual semua stok berkenaan bagi menjelaskan hutang kepada pembekal kuih.
“Saya tolak harga modal untuk saya jual balik dan bayar dekat pembekal. Saya buat silap besar! Saya tak terfikir awal dan saya baru sedar benda itu. Sebab itu saya menangis sehingga tak boleh jumpa orang lain,” katanya. Harris menjelaskan punca dia mengalirkan air mata ketika mempromosikan kuih bangkat menerusi siaran langsung di TikTok miliknya. Harris bagaimanapun berterima kasih kepada kenalan dan pengikutnya kerana menyokong dan membantu membeli kuih jualannya.
“Kalau rasa saya susah, ada lagi yang lebih susah daripada saya tapi Allah tak pernah berhenti bantu kita. Terima kasih semua yang sokong saya hari ini. Ada masa ketika kita susah, kawan-kawan dan pengikut yang bantu,” ujarnya. Sementara itu, Harris berkata, ini bukan kali pertama dia ditimpa kesusahan malah pernah menjalani operasi di bahagian lutut akibat jatuh tangga. “Satu jatuh tangga dan buat operasi. Satu lagi jatuh sebab saya kena bayar duit modal tapi saya tiada duit nak bayar,” katanya. Untuk rekod, anak kepada usahawan kosmetik Zaiton Hassan atau Kak Ton itu pernah menyertai program Hero Remaja 2017/2018 sebelum bergelar pelakon
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.