Tengah hangat pasal lagu raya Dato Aliff Syukri, Sharnaaz Ahmad anggap dia sebagai penghibur dalam industri

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai video promosi lagu raya usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berjudul ‘Love Raya’ yang telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Malah, perkara itu turut menyorot perhatian pelakon, Sharnaaz Ahmad. Biarpun menerima pelbagai kritikan, namun Sharnaaz mempunyai pandangan yang berbeza dan berpendapat kehadiran Aliff dalam industri seni memberi warna dan corak.

Menurut aktor itu, dia menyifatkan usahawan tersebut sebagai seorang penghibur. “Kalau tak ada dia (Aliff) dalam dunia seni bosan juga. Asyik, pisah, gaduh, putus, lokap (semua tu aku lah). Sebab, dia ini ibarat warna dan corak dalam sesebuah industri. Walaupun orang kritik, orang macam dia tetap akan hiburkan dan cari masalah untuk tontonan kita.” Sharnaaz berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Isnin.

Pada perkongsian sama, Sharnaaz juga mengajak semua orang untuk ‘melayan’ sahaja gelagat Aliff sementara usahawan itu masih ada dalam industri. “Enjoy sajalah selagi dia masih ada, salam Ramadan people.” Terdahulu, perkongsian sedutan lagu raya yang dibuat oleh Aliff di Instagramnya telah mengundang kritikan warganet. Menerusi hantaran tersebut, Aliff memuat naik satu babak daripada muzik videonya yang menampilkan dia dan beberapa penari mengenakan kostum yang terlalu aneh untuk dikaitkan dengan kedatangan bulan Syawal.

Tidak hanya kostum ketat sehingga menampakkan bentuk badan, gaya persembahan dia serta penari-penarinya juga menjadi bahan kritikan daripada wargamaya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version