MULA berkenalan menerusi sosial media sekitar November tahun lalu, pelawak Along Cham bersyukur hubungannya dengan Afreena Suhaimi, 32, dipermudahkan sehingga mereka sah bergelar suami isteri pada Khamis. Sebagai seorang yang menjadi tumpuan ramai, Along atau Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, berkata dia mahu segera menghalalkan perhubungan itu kerana enggan menjadi bualan ramai. “Sebagai seorang public figure saya rasa ketika golongan artis ini ‘dildh’ dengan pelbagai cerita tidak elok, lebih baik saya mudahkan hubungan kami. Kita ikut ajaran Islam.
Memang semuanya berlaku secara tiba-tiba. Kami kenal di sosial media dan dalam proses perkenalan itu terus ajak berkahwin. Syukur urusan dipermudahkan. Saya pernah berdoa kalau ini adalah jodoh yang terbaik, paling penting sekali dia boleh terima anak saya. Sebagai bapa saya kena gantikan kebahagian anak saya yang hilang,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Terdahulu, Along sah bergelar suami kepada Afreena dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abiddin, Putrajaya pada pukul 11.30 pagi, Khamis.
Pada majlis berkenaan Along menyerahkan mas kahwin sebanyak RM350 dan sebentuk cincin. Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Along dan Afreena selepas melalui fasa gagal dalam rumah tangga sebelum ini. Tambah Along keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga juga dibuat selepas mengambil kira pendapat anaknya iaitu Ahmad Daniel yang kini berusia 13 tahun.
“Saya tidak pernah menutup hati untuk kembali berkahwin, cuma mungkin dalam tempoh lapan tahun sebelum ini belum jumpa yang sesuai. Saya tanya sendiri kepada anak, wanita bagaimana yang boleh dijadikan isteri. Katanya dia mahu yang sudah anak supaya mereka boleh jadi kawan. Isteri saya juga anak tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Saya juga percaya dalam setiap langkah baik yang dilakukan Allah sudah sediakan rezeki buat kita,” ujarnya.
Pasangan ini juga merancang untuk mengadakan majlis resepsi meraikan hari bahagia mereka namun bukan dalam masa terdekat. Untuk rekod, Along pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Seeron pada 23 Januari 2010 namun mereka bercerai talak satu pada Ogos 2016. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.