Isu pergolakan rumahtangga jadi topik hangat, sekali ini pesanan Sajat untuk Bella Astillah

Isu pergolakan rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz yang menjadi topik hangat di kalangan warganet baru-baru ini telah mendapat perhatian usahawan kosmetik, Nur Sajat yang kini menetap di Australia. Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menerusi satu video di TikTok telah memberi nasihat kepada Bella Astillah berhubung isu yang sedang dialaminya itu. Menurut Sajat, dia menasihati Bella Astillah agar tidak takut untuk meninggalkan ‘sampah’ kerana katanya, yang lebih baik pasti akan datang selepas itu. Klik sini untuk lihat video.

Peringatannya juga ditujukan kepada wanita-wanita lain di luar sana yang mengalami masalah yang serupa dengan pelakon wanita tersebut. “Ingatlah Bella, ingatlah pada wanita-wanita di luar sana. Jangan takut tinggalkan sampah sebab biasanya sampah orang akan buka plastiknya juga. Faham?  Jangan takut jualkan beg secondhand. Sebab beg secondhand ramai orang nak. So janganlah risau, lepaskan. Bila once you lepaskan, ada yang lebih bagus yang akan datang,” katanya.

Sajat juga berkata, mungkin ‘pengganti’ yang akan dimiliki Bella selepas ini tidaklah sekacak Aliff Aziz tetapi orang berkenaan mungkin lebih baik dari segi kasih sayang, akidah dan sebagainya. Malah menurut Sajat lagi, tidak semestinya pengganti tersebut seorang pasangan, boleh jadi Bella akan mendapat rezeki yang lebih baik dari segi perniagaan, kerjaya dan sebagainya. Nasihat yang diberikan Sajat ini juga dipersetujui warganet yang mana meminta Bella Astillah untuk terus tabah dengan dugaan yang dihadapinya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version