Muat naik gambar ank terima anugerah pelajar terbaik, tapi kapsyen Shuhada jadi tumpuan warganet

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri berkongsi berita gembira mengenai anak sulungnya Humairah yang menerima anugerah pelajar terbaik, hari ini. “BismillahiMasyaAllah. Hari ini, Allah tunjukkan dekat ibu, nikmat yang ibu perlu bersyukur setinggi-tingginya. Wahai Allah, nak cakap macam mana ni, aku terlalu bersyukur? Terima kasih Ya Allah. Untuk Humairah, ibu sangat bangga dengan kamu anak. Untuk abah, terima kasih sebab sentiasa ada untuk ibu, Humairah dan Umar.

Allah yang boleh balas segalanya, dari ibu kecil abah hantar ambil sekolah, sekarang abah hantar ambil cucu sekolah, Ya Allah berikanlah syurga buat abahku. Untuk mama, Allah tahu pengorbanan mama untuk kami. Semoga Allah balas syurga paling tinggi buatmu ibuku.” Paling menjadi tumpuan, Shuhada didakwa menulis kapsyen untuk bekas suaminya juga. Meskipun tidak menyebut nama, Shuhada berkata, individu tersebut kehilangan waktu dan momen yang sangat bernilai ini.

Untuk rekod, perkahwinan Shuhada dan Hafidz mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka. Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023. Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai 2023. Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu. Sumber:OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version