Sabtu lalu, pemain bola sepak Zaquan Adha membuat laporan polis susulan kenyataan bebaur fitnah dilkeluarkan oleh Rita Rudaini terhadapnya di Insta Story. Menerusi ruangan komen di Instagram Rita, rata-rata warganet menyatakan sokongan buat pelakon itu serta turut menawarkan bantuan untuk mengumpul dana membayar duit guaman jika ianya diperlukan. Tidak kurang juga, ada yang menyatakan mahu mengumpul wang untuk mendapatkan peguam yang terbaik buat Rita.
Sebelum ini, Rita membidas bekas adik iparnya yang mengatakan dia tidak masuk campur urusan rumah tangga abangnya, Aidil Zafuan dengan bekas kakak iparnya itu. Rita juga mendakwa bekas adik iparnya itu antara punca masuk campur urusan rumah tangganya malah Zaquan sendiri yang datang ke rumahnya untuk mengambil pakaian Aidil ketika itu.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.