Muat naik video isteri cium pakaian bapa sambil menangis, Mark Adam akui jadi saksi pengorbanan isteri untuk keluarga

REAKSI pilu isteri penyanyi Mark Adam ketika mengemas pakaian milik Allahyarham bapanya yang pergi menghadap illahi pada 5 April lalu mengundang sebak warganet. Isteri Mark iaitu Norazah Redzuan dilihat mencium satu persatu pakaian milik arwah bapanya iaitu Redzuan Abdul Malik sambil melinangkan air mata. Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 45, memberitahu Norazah sebak apabila terjumpa kembali baju kegemaran bapa mentuanya. Klik sini untuk lihat video.

Jelasnya, dia faham dengan perasaan sedih isterinya kerana menjadi saksi semua pengorbanan dilakukan Norazah buat kedua ibu bapanya sepanjang mereka berkahwin. “Mengemas barang-barang abah jumpa baju melayu dan samping kegemaran abah. Selama ini semua benda yang dia buat hanya untuk mak dan abah dia, saya melihat segalanya dan akan akan terus berada disisi dia,” katanya.

Mark membuat perkongsian itu menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, warganet di ruangan komen turut bersedih dan mendoakan agar Mark dan isteri terus cekal dan kuat. “Ambilah masa yang perlu untuk kuat semula, salam takziah kak. “Ayah adalah cinta pertama seorang anak perempuan, semoga kak Ezan lebih kuat hadapi semua ini. Saya sendiri ambik masa 1 tahun untuk kemas barang arwah ayah saya, kak Ezan memang kuat,” komen warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version