Lebih bermakna berbanding hadiah mewah yang lain, pengasas Bulan Bintang berhasrat bawa 10 individu tunaikan umrah

MAHU berkongsi rezeki dengan orang lain, usahawan baju Melayu Azzim Zahid Azmi memasang hasrat membawa 10 individu menunaikan ibadah umrah tahun ini. Kata Azzim atau lebih mesra disapa Meri, 27, dia tertarik untuk memberikan pakej umrah kepada pelanggan bertuah kerana baginya itu lebih bermakna berbanding hadiah mewah lain. “Pada mulanya kami hanya menyediakan lima pemenang untuk pakej umrah di mana setiap pakej boleh membawa pasangan.

“Namun sambutan sangat menggalakkan dan perasaan dapat beri mereka tunaikan umrah itu sesuatu yang sangat berharga, tidak sama seperti menang kereta. Disebabkan itu kami tawarkan 10 pakej umrah di mana 20 orang akan berpeluang untuk tunaikan ibadah umrah. Harga bagi satu pakej ialah RM12,080 dan menjadikan jumlahnya RM241,600,” katanya. Azzim berkongsi perkara itu ketika ditemui di program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor, pada Sabtu lalu.

Sebelum ini tular video seorang ibu tunggal tidak menyangka dapat menjejakkan kaki ke Makkah hasil peraduan yang dilakukan syarikat jenama Bulan Bintang ini. Dalam pada itu, Meri turut menjawab dakwaan kononnya hadiah Nissan GTR R35 yang diberikan kepada pelanggan bertuah sebelum ini merupakan salah satu teknik pemasaran semata-mata. Menjawab mengenai perkara itu, Meri berkata dia tidak melakukan gimik sedemikian kerana perlu menjaga imej duta jenama pakaiannya.

“Saya segan kalau kata nak bagi kereta Nissan GTR tapi lepas itu tak bagi, mana aku nak letak muka ni. Jadi memang kena cari juga pemenang kereta itu, kalau tidak nanti jatuh air muka Hannah Delisha, Shukri Yahya dan Nadhir Nasar,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, pihaknya memperuntukkan perbelanjaan hampir RM200,000 untuk kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi program Sinar Ramadan Bulan Bintang. Turut hadir pada program CSR berkenaan ialah selebriti Hannah Delisha, Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar selaku duta dan sempat meluangkan masa menyediakan bubur lambuk kepada penghuni di sekitar Surau Al Mukmin.

Program tersebut juga merupakan kerjasama Bulan Bintang bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version