Rider makanan teruja dapat berjumpa dengan Syamsul Yusof, rezeki siap dapat bergambar dengan Lamborghini

Seorang penghantar makanan teruja jumpa pengarah Syamsul Yusof dan berkongsi beberapa foto bersama figura itu sehingga menjadi perhatian warganet. Perkongsian penghantar makanan itu di platform TikTok miliknya memaparkan lelaki itu bergambar dengan Syamsul Yusof sebaik sahaja menghantar pesanan di rumah pengarah tersebut. Paling menarik perhatian, swafoto mereka diambil sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawanan.

Individu itu berkata, gambar yang dikongsikan jelas menunjukkan pengarah berusia 39 tahun bukan seorang yang sombong, sebaliknya mesra dan melayannya seperti kawan. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga disifatkan bertuah kerana dibenarkan di atas kereta mewah milik Syamsul sendiri untuk bergambar. “Terbalik pula, tuan kereta yang tangkapkan gambar. Memang kami berdua sahaja ketika itu. Teringin juga nak bergambar dengan Lamborghini,” katanya ketika disoal warganet di ruangan komen.

Selain itu, terdapat beberapa warganet tinggalkan soalan dan bertanya kepada individu terbabit sama ada dia melihat isteri Syamsul, Ira Kazar atau tidak semasa menghantar pesanan makanan di rumah pengarah tersebut. Tidak kurang juga ada yang mempersoal sama ada Ira Kazar tidak memasak sehingga menggunakan khidmat penghantar makanan.

Syamsul sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah berpisah dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah. Malah, hasil tinjauan mendapati anak kepada Datuk Yusof Haslam itu juga sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di Instagram sejak November tahun lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version