Setelah sekian lama menyepi, Ramai yang teruja bila Syamsul Yusof mula kembali aktif di laman sosial

Setelah sekian lama tidak muncul di media sosial, pengarah terkenal Syamsul Yusof akhirnya memuat naik satu hantaran. Terbaharu, Syamsul dilihat berkongsi sebuah video yang memaparkan beberapa momen bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul dan Summayyah di Instagram (IG). Menerusi video tersebut, kelihatan Syaikul sedang bermain bola sepak manakala Sumayyah pula sedang melakukan beberapa aktiviti persekolahannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet teruja melihat hantaran terbaharu pengarah filem Munafik itu. “Welcome back. Lama abang tak post. Selamat kembali.” “Semalam aku mimpi jumpa kau, kau kata nak tunjuk aku filem baru. Dalam mimpi tu awan-awan pecah-pecah macam Men In Black, lepas tu aku tersedar.”

Dalam masa yang sama, pengarah berusia 38 tahun itu juga memuat naik poster filem Sheriff: Narko Integriti di IG Story sebagai tanda sokongan kepada karya terbaharu adiknya, Syafiq Yusof. “Keep going Syafiq. Support my bro film guys #proudbrother”. Tinjauan mendapati sebelum ini, Syamsul sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di IG sejak November tahun lalu. Timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut. Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version