11 orang tu hanya dalam sistem, Sajat ulas pasal isu Aliff Aziz kantoi ada kekasih gelap

Nampaknya, usahawan kontroversi, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman tidak mahu ketinggalan mengulas isu panas industri seni Tanah Air dengan menyatakan dirinya pernah memberitahu suatu perkara yang kini terjadi lagi. Dalam ciapan Sajat di platform X, dia seakan merujuk kepada apa yang terjadi hari ini apabila terdapat seorang wanita mengaku sebagai ‘kekasih gelap’ kepada seorang aktor yang baru-baru ini kantoi sudah 11 kali berlaku kantoi setelah didedahkan oleh isterinya sendiri.

“Aku dah kata kan…yang kantoi 11 orang, itu dalam sistem… yang tak ada dalam sistem korang tak nampak kan? Aku cakap korang tak percaya… Aku dah tilik dan nok! mmmm kau ader!” tulisnya. Perkongsian warga Australia itu telah menarik perhatian warganet apabila tidak ketinggalan tinggalkan komen mengulas isu semasa tersebut. Rata-rata seakan ‘kagum’ dengan ‘keahlian’ Sajat dalam mengagak apa yang berlaku terhadap individu dimaksudkan itu setelah beberapa kes melibatkan dirinya tular di media sosial.

Pagi tadi, tular di media sosial apabila seorang wanita mendedahkan dirinya sebagai teman wanita kepada selebriti terkenal, Aliff Aziz dan memaklumkan telah menjalin cinta sejak Januari 2024. Walaupun tahu apa yang dilakukan salah, namun dia berasa kecewa kerana rasa dikhianati Aliff setelah menemui perbualan WhatsApps pelakon itu bersama seorang wanita lain dikenali sebagai NRF.

Susulan daripada itu, dia mendedahkan bahawa NRF dan kekasihnya dikatakan merancang mahu menjatuhkan Bella Astillah susulan kontroversi yang sedang terjadi. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version