Dari perasaan debar bertukar menjadi panik, video gadis terkunci dalam bilik masa hari pertunangan

Seorang gadis terkunci dalam bilik di hari pertunangan apabila pintu tiba-tiba tidak dapat dibuka. Perkongsian tersebut telah dimuat naik satu akaun TikTok milik pengguna dikenali sebagai @ngionggggg dan mendapat tontonan lebih dari satu juta viewers dalam masa dua hari. Dapat dilihat orang ramai yang ada di kediaman terbabit sedang mencuba membuka pintu berkenaan memandangkan tetamu semua sudah datang bertujuan untuk menyarung cincin. Klik sini untuk lihat video.

Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, gadis dikenali sebagai Noor Asikin Mad Tarmizi, 28 memaklumkan kejadian berkenaan berlaku pada 20 April lalu sewaktu ibu kepada bakal tunang datang untuk menyarung cincin tanda kepadanya. Dia yang berada di dalam bilik bersama anak saudara tidak menyangka terkunci dari dalam sehingga diberitahu oleh ahli keluarga yang menghantar mesej dan membuat panggilan kepadanya. Disebabkan hampir 20 minit terkunci, abangnya telah membantu dengan mencuba membuka pintu berkenaan sebelum berjaya kira-kira setengah jam.

“Waktu itu memang berdebar kerana tunggu nak disarung cincin tapi tak sangka pula akhirnya perasaan itu bertukar jadi panik apabila pintu tak dapat dibuka. Mereka yang diluar ingat saya kunci pintu sampai hantar mesej dan telefon untuk minta buka sedangkan saya pun terkunci malah tak boleh buka daripada dalam. Daripada berdebar, perasaan saya terus bertukar jadi panik dan puas abang saya cuba buka pintu daripada luar.

Lega saya kerana dia berjaya walaupun hampir setengah jam juga mencuba dan ikutkan pintu bilik itu tidak pernah buat hal namun entah kenapa jadi begitu tempoh hari,” katanya ketika dihubungi sumber. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana majlis pertunangannya berjalan dengan lancar dan kini sudah bergelar tunangan orang dimana merancang untuk naik pelamin pada tahun hadapan.

Ujarnya lagi, mereka sekeluarga telah menonton semula rakaman tersebut pada malam hari dan masing-masing tergelak mengenangkan kejadian mencemaskan itu. “Saya kemudian muat naik di TikTok sebagai kenangan dan tak sangka boleh tular hingga video dirakam rakan itu meraih lebih 900,000 tontonan. Ada baca juga komen dan ramai cakap apa yang berlaku dugaan pertunangan saya dan ada juga kata ujian saya awal walaupun baru nak bertunang.

Tapi saya tak fikir negatif pun malah anggap ia detik indah yang tak akan dilupakan sampai bila-bila,” jelasnya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version