Muat naik video tengah bagi makan ikan, tindakan ibu terjun kolam masa anak jatuh raih pujian dari warganet

Setiap kali ada masa lapang, pasti ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membawa anak mereka pergi beriadah di tempat awam. Ibu bapa juga perlu memastikan keselamatan anak untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh @ahfadd di TikTok, seorang ibu dan dua orang anak perempuannya dilihat sedang berdiri di satu titi sebuah kolam sambil memberi makan ikan-ikan menggunakan roti. Klik sini utnuk lihat video.

Ibu tersebut juga sudah berpesan kepada anak perempuannya untuk berhati-hati dan tidak berdiri terlalu dekat dengan hujung titi itu untuk menjaga keselamatannya. Tiba-tiba, satu insiden telah berlaku apabila salah seorang budak perempuan itu telah tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam tersebut membaling cebisan roti. Tanpa berfikir panjang, ibu tersebut terus masuk ke dalam kolam dan sempat mencapai tangan lalu mengangkat anaknya yang jatuh tadi.

Meninjau di ruangan komen dalam hantaran video tersebut, segelintir warganet berasa kagum dengan tindakan pantas si ibu yang dilihat tidak panik dan terus masuk ke dalam kolam untuk menyelamatkan anaknya. Selain itu, ada warganet yang bersyukur kerana kolam itu tidak terlalu dalam jadi mudah untuk si ibu masuk dan memberi bantuan kecemasan.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version