Lepas tular segala perbualan, akhirnya Ruhainies tampil buat permohonan maaf pada Bella Astillah dan Sarah Yasmine

SELEPAS memilih mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan, pelakon Ruhainies tampil membuat permohonan maaf terhadap Bella Astillah secara terbuka pada awal pagi Jumaat. Ruhainies berkata, dia juga berharap dapat bertemu empat mata dengan Bella bagi menjernihkan keadaan agar semua perkara berbangkit dapat diselesaikan. “Saya dengan ikhlas hati mahu memohon maaf kepada Bella Astillah berhubung semua yang berlaku.

Saya berharap kita dapat bertemu untuk menjernihkan keadaan agar kita dapat menutup perkara ini dan meneruskan kehidupan serta kembali gembira,” katanya. Ruhainies memuat naik hantaran tersebut di Instastory miliknya pada awal pagi Jumaat. Menerusi hantaran sama, Ruhainies turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan terkesan dengan kontroversi membabitkan dirinya.

Dalam pada itu, Ruhainies juga berharap kekasih gelap aktor Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine turut sudi bertemu dengan mereka bagi menyelesaikan semua perkara. “Saya benar-benar berharap Bella Astillah dan Sarah Yasmine memberi peluang saya bertemu dengan mereka. Sekali lagi saya dengan rendah hati memohon maaf atas apa yang sudah berlaku,” ujarnya. Menjelaskan tindakan dia berdiam diri, Ruhainies berkata, dia mengambil langkah tersebut semata-mata demi mengelak sebarang pergdhn di media sosial termasuk menghangatkan lagi isu sedang berlaku.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhainies hangat diperkatakan selepas dia dan Aliff dicekup berkhlwt oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. Susulan kejadian tersebut, Bella mengambil keputusan memfailkan pisah terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac namun aktor itu enggan melepaskannya. Aliff memberitahu mahkamah dia masih sayangkan Bella dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu di antara mereka semakin rumit apabila Sarah muncul mendedahkan dia adalah kekasih Aliff sejak Januari lalu dan mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan Ruhainies yang dinamakan sebagai NRF. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang dengan Ruhainies selain isu itu turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong dan Caprice.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version