Tengah hangat pasal kes rumahtangga Aliff Aziz, kali ni wartawan bongkarkan Aliff mengaku masih sayang Bella masa dalam prosiding mahkamah

Berikutan dengan pendedahan perbualan WhatsApp Aliff Aziz dan Ruhainies terbongkar, ia membuatkan seorang wartawan rasa terpanggil untuk menemplak kedua-kedua pelakon ini. Menerusi IG Story miliknya, wartawan tersebut didakwa bakal mencetuskan prng terhadap kedua-dua pelakon ini, ia berikutan dengan kenyataan yang memperlekehkan kredibilitinya sebagai seorang pengamal media.

Ceritanya bermula daripada perbualan tersebut, NRF seperti mempersoalkan kenyataan yang dibuat yang mengatakan bahawa Aliff Aziz masih sayangkan Bella. Dalam perbualan itu, Aliff dikatakan meminta NRF untuk rujuk semula kenyataan yang diberikan dan tidak perlu merujuk headline daripada seorang wartawan yang dia labelkan ‘b*doh’.

Untuk rujukan, video di bawah ini merupakan video sewaktu pihak wartawan menemubual Aliff Aziz saat disoal jika dia masih sayangkan Bella pada prosiding mahkamah baru-baru ini. Penyanyi lagu Sayang Sayang itu dilaporkan enggan melafazkan talak. Oleh sebab itu, ia membuatkan seorang wartawan bengang dan mendedahkan bahawa Aliff Aziz memang ada mengaku bahawa dia masih sayangkan Bella, bukan di depan wartawan tetapi di hadapan hakim mahkamah. Jelas wartawan ini dia menyaksikan sendiri prosiding tersebut.

Dalam pada itu, wartawan ini turut menjelaskan bahawa kenyataan yang mengatakan Aliff Aziz masih sayangkan Bella itu ada mengikut laporan yang diperkatakan depan hakim. Dedah wartawan ini lagi, semasa Aliff tidak bersetuju untuk bercerai, wakil peguam Bella ada meminta untuk pertimbangkan semula keputusan itu memandangkan mereka berdua adalah figura yang dikenali ramai, ia mungkin boleh membuatkan kes ini akan berpanjangan dan banyak perkara akan terdedah di media sosial.

Bagaimanapun, Aliff Aziz masih tetap dengan pendiriannya untuk melepaskan Bella kerana masih sayangkan keluarga dan perlukan lebih waktu untuk buat keputusan. Disebabkan itu, wartawan ini menjelaskan bahawa apa yang dikatakan oleh wakil peguam Bella itu benar-benar terjadi. Kita dapat lihat sendiri banyak perkara didedahkan. Mudah-mudahan kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version