Nama produk terkenal turut kena kutuk dalam mesej perbualan, sekali ini pula respon dari jenama tersebut

Wanita yang mengaku sebagai kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine telah mendedahkan lebih banyak perbualan antara aktor tersebut bersama individu bernama ‘NRF’ yang menurutnya adalah Ruhainies. Dalam tangkap layar itu, lebih mengejutkan si penghantar mesej dilihat seperti tidak puas hati apabila Bella Astillah dilantik sebagai duta sebuah produk penjagaan kesihatan. “Bella ambil Kitsui tu jugak rupanya, dia tak malu ke? Kalau saya memang tak ambil dah,” ujar NRF.

Namun, Aliff cuba menenangkan individu itu dengan mendoakan agar dia diberikan rezeki lebih baik selepas ini. Pun begitu, NRF memberi respon balas yang mengejutkan apabila dia samakan Bella Astillah dan produk kesihatan seperti haiwan. Susulan perbualan mesej itu, warganet mula membanjiri ruangan komen produk kesihatan terbabit dan meminta jenama berkenaan untuk menyaman individu tersebut atas tindakan menghina.

Sejak kontroversi dua selebriti itu tular, Kitsui Malaysia telah mengambil langkah untuk mengaburkan wajah aktres wanita terbabit dan bertindak memilih Bella sebagai wajah baharu mereka. Sedar ramai yang mengadu tentang perbualan itu, Kitsui Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi yang melanda menerusi akaun media sosialnya.

“TERIMA KASIH dan SEJUTA MAAF dari pihak KITSUI! Sekali lagi, nama KITSUI terlibat dengan isu hangat yang sedang diperbincangkan di media sosial. Pihak kami tidak menyokong mana-mana pihak dan tidak akan mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kami! Semoga segala perkara dapat diselesaikan dengan baik.” tulisnya. Sehingga kini, nama ketiga-tiga selebriti dan skandal Aliff masih trending di media sosial.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version