Tak mahu ingat benda yang negatif, terkini Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff saling kongsikan gambar bersama di laman ig

Baru-baru ini, pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie memuat naik foto bersama mendapat perhatian warganet yang mana mengetahui persahabatan mereka sebelum ini mempunyai konflik. Terbaharu, Zarina atau mesra disapa sebagai Anju tampil memberi penjelasan mengenai situasi yang terjadi. “Ringkas saya nak cakap, saya dan Fathia dah berkawan sejak berumur 19 tahun. Kami gaduh, kami viral apa semua tapi satu perkara yang orang kena tahu dia sentiasa ada tempat dihati saya.

“Dia sentiasa jadi sebahagian daripada saya, begitu juga saya untuk dia sebab itu muka kami pun sama kalau korang sedar. Saya salah seorang yang memahaminya dan dia tahu tiada orang lain dapat faham dia macam saya dan banyak lagi. “Kami gdh macam anjing dan kucing tapi masing-masing adalah sebahagian daripada hidup kami,” katanya. Malah, Anju mengakui bahawa dia mengenali Fathia sebagai seorang insan yang baik walaupun terkadang sikapnya membuat orang jadi gla.

“Kadang-kadang saya tak faham dia, kadang-kadang dia buat saya gila, saya juga buat dia gila. Tapi, dia salah seorang yang baik yang pernah saya kenal. Tapi, kadang-kadang saya akui saya tak dapat faham dia, dia buat saya gla. Tapi, saya tak kisah… kita pun dah semakin nak tua dah ni. Saya tak nak fikir benda yang buruk pasal orang. Dan saya tak nak tengok perkara buruk pasal orang. Apa yang saya nak ingat adalah perkara baik pasal orang, memori yang baik.

Kita ni dah makin tua apa kata kita cipta memori indah dan ingat benda yang elok. Saya tak mahu ingat benda yang negatif. Ingat benda yang positif je pasal orang,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Anju juga berharap bahawa orang lain juga berfikiran positif terhadapnya. Selain itu, dia turut menzahirkan rasa rindu terhadap sahabatnya itu walaupun mereka berjauhan atau memiliki salah faham.

“Harap dengan perbuatan dan pemikiran saya macam tu, saya harap orang pun boleh berfikiran positif terhadap saya. Lagipun, hidup ini singkat untuk bergaduh, fikir benda tak baik pasal orang. Fathia dengan saya… macam mana kami jauh pun atau bergdh. Kami sentiasa rindu satu sama lain. Macam mana pun dia, saya kenal ‘the sweet’ Fathia,” luah Anju.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version