Teruk kena kritik dengan warganet sebab pertikaikan srangan Hms, Azhar Sulaiman tampil buat permohonan maaf

Pelakon Azhar Sulaiman tampil memohon maaf terhadap kenyataannya sebelum ini yang dilihat mempertikai strategi perang tentera Hamas termasuklah menyindir sesetengah pihak yang hanya tahu mempromosi dan menuding jari agar orang lain pergi berperang. Katanya, dia sedar dengan kritikan yang diberikan dan tidak berniat untuk melwn dan mempertikaikan isu yang berlaku di negara bergolak itu.

Namun, dia mengaku apa yang menjadi persoalannya sebelum ini adalah tindakan yang diambil oleh pihak Hamas, memandangkan kali ini tentera mereka adalah antara yang berani mengambil tindakan terhadap zionis. “Assalamualaikum semua, saya punya bontot tengah panas ni kena attack left right pasal isu Palestin. So, I am here as a gentleman nak menjawab dan memohon maaf terhadap posting saya sebelum ini kalau mengguris hati anda semua.

Saya tak ada niat pun nak go against the big wave. I am for Palestin dan saya sokong solidariti punya movement. That’s fact! Daripada dulu lagi saya memang sokong Palestin. Selama ni saya tak pernah komen pun pasal Hamas atau Fatah sebab tak faham pun kalau dekat sana ada dua parti. Jadi masyarakat dia tidaklah seratu peratus sokong one side sahaja. Tapi kedua-dua gerakan ini ada cara masing-masing terhadap apa yang mereka nak buat di sana. Begitu juga leaders mereka yang come and go. Tapi tidak yang ini (Hamas),” katanya.

Azhar berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di platform media sosialnya pada Isnin. Justeru, tidak mahu isu tersebut terus dipanjangkan sehingga memberikan impak negatif terhadap semua pihak, aktor itu bagaimanapun menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah khilafnya. “Again, saya minta maaf kepada semua rakyat malaysia yang tersinggung dengan kenyataan saya sebelum ini, dan saya harap isu ini habis disini,” ulasnya.

Terdahulu, aktor itu menerima kritikan hebat apabila rata-rata pengikutnya menyifatkan tindakannya mempertikai strategi perang di sana sebagai kurang cerdik dan patut diboikot. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version