Bercuti dengan keluarga ke Korea, ramai yang puji Siti Nurhaliza siap bawa doktor peribadi

MENGUPAH jurufoto peribadi semasa melancong ke luar negara adalah perkara biasa bagi seseorang selebriti dalam memastikan kenangan indah percutian mereka itu dapat dirakam sebagai kenangan. Namun berlainan pula dengan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila memilih membawa doktor peribadi semasa melancong bersama ibu dan keluarga ke Korea Selatan. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi video tular di aplikasi TikTok, pemilik akaun bernama Dr Saf atau Syed Aliff Fauzan Syed Mohamad, 30, memaklumkan dia diberi tanggungjawab menjadi doktor peribadi kepada keluarga penyanyi berkenaan sepanjang percutian itu. “Doktor peribadi untuk Datuk Siti Nurhaliza dan keluarga di Korea,” tulisnya di ruangan kapsyen. Menerusi video yang dikongsikan itu, turut kedengaran suara Siti memperkenalkan Dr Saf sebagai doktor peribadi kepada keluarganya.

Malah Dr Saf dengan mesra membalas sapaan mereka dan meminta merujuk dirinya jika berdepan sebarang masalah kesihatan. “Kalau ada apa-apa boleh beritahu saya,” jawab Dr Saf. Dalam rakaman video tular itu juga Dr Saf sempat bergurau mesra bersama anak bongsu Siti dan Datuk Seri Khalid iaitu Muhd Afwa. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan keprihatin Siti terhadap keluarganya semasa bercuti.

Mereka juga berpendapat Siti mengambil langkah awal itu kerana percutian kali ini dia membawa ramai warga emas. “Siapa bawa doktor peribadi pergi melancong, selalu artis bawa jurukamera. Seronok jadi kaya! Rasanya sebab bawa ramai warga emas itu, mak mentua dan mak dia pun sudah uzur. Lagi pun hospital sana mahal,” antara komen warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version