Redha dengan nasib yang menimpa anaknya, bapa Faisal Halim yakin anak tidak pernah bermusuh dengan mana mana pihak

Bapa kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Halim Saad akui reda dengan nasib yang menimpa anaknya susulan kejadian disimbah asid, baru-baru ini. Menerusi video temu bual bersama Malaysia Gazette, Halim menganggap ada hikmah yang tersirat berhubung kejadian tersebut. Halim berharap, si pelaku yang berniat jahat terhadap anaknya diberikan petunjuk Ilahi. “Saya berserah dan reda dengan apa yang berlaku pada anak saya. Mungkin ada hikmah atas apa yang berlaku, walaupun ada segelintir yang kata ini kifarah buat dia.

Saya berharap, orang (si pelaku) yang buat pada dia semoga Allah beri hidayah dan sedar bahawa sudah buat satu kesilapan yang besar dalam Islam.” Dalam temu bual sama, Halim menyifatkan Faisal seorang yang peramah dan ceria. Malah dia yakin anaknya itu tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak. “Rasanya anak saya tidak pernah bermusuh dengan sesiapa, dia seorang yang tidak suka berselindung diri daripada orang lain.

Sifat Faisal sama seperti saya, ada kala datang ‘gla’ (sporting) maka akan jadi ‘gla’. Dia seorang yang sangat peramah. Saya doakan dia sentiasa kuat dan kalau boleh kembali bangkit untuk kariernya. Insya-Allah sama-sama kita semua pakat berdoa.” Terdahulu, Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali sewaktu membawa anak dan isterinya ke sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey telah selamat menjalani operasi kali kedua yang dijalankan pada Selasa malam. Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang sempat melawat Faisal di hospital memaklumkan pemain itu sudah sedar dan mula menjamah makanan. Selain Faisal, dua orang lagi pemain bola sepak turut berdepan insiden tidak diingini iaitu Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version