Masih wujud lagi individu yang kutuk dia dengan gelaran secondhand, Puteri Sarah nak minta bantuan dengan Caprice

Pelakon terkenal, Puteri Sarah nak minta bantuan Caprice susulan individu yang pernah mengutuknya dengan gelaran ‘geng secondhand’ muncul lagi di aplikasi X. Menerusi ciapan yang dibuat Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia telah berkongsi tangkapan layar akaun individu terbabit yang telah muncul semula setelah ‘hilang’ selepas mengutuk pelakon terbabit beberapa minggu lepas. “Hidup balik mangkuk ni? Ingat hilang pastu muncul balik orang lupa. Panggil Caprice lah settlekan mangkuk ni,” tulis Puteri Sarah.

Pelakon terbabit turut mengatakan individu terbabit adalah salah satu contoh di mana setiap saat ada sahaja orang-orang kurang cerdik muncul memberikan kenyataan yang tidak menggunakan otak seperti yang dilakukan oleh pengguna X berkenaan beberapa minggu yang lalu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengatakan akaun X individu berkenaan sudah kembali hilang dan menyelar tindakannya yang suka melakukan provokasi kepada orang lain. Ujar warganet, akaun yang dikenali sebagai @afiqazni itu beberapa kali dilihat tinggalkan ciapan seakan tidak berpuas hati dengan wanita sehingga mengaitkan insan lain termasuklah mengutuk Puteri Sarah.

Terdahulu, Puteri Sarah telah berkongsi satu akaun media sosial yang menghina dirinya serta Bella Astillah  dengan menggelar mereka sebagai ‘geng Secondhand’. Jelasnya, dia sudah banyak kali menerima komen negatif tersebut termasuklah di Instagram dan platform X melibatkan individu itu sehingga membuatkannya hilang sabar. Sususlan daripada itu, dia telah berjaya mendapatkan beberapa butiran individu terbabit termasuklah lokasi tempat kerja sehingga dia menyekat Puteri Sarah di X.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version