Seorang pemuda melutut minta maaf depan isteri Caprice lepas dah maki anak orang sesuka hati

Seorang pemuda berlutut minta maaf depan isteri Caprice, Farra Inalis selepas memaki anaknya, Airiel Qashaf baru-baru ini di media sosial. Dalam perkongsian yang dibuat oleh Caprice di Instagram, dia telah membawa pemuda terbabit ke rumahnya bagi berdepan dengan isteri susulan tindakan biadap yang dilakukan tempoh hari. Disebabkan marah, Farra Inalis atau biasa disapa Elis telah meminta agar pemuda terbabit berlutut meminta maaf sebelum memberi amaran untuk tidak melakukannya lagi kepada sesiapa pun diluar sana.

Selepas membuat permohonan maaf, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli telah memberi kata dua sama ada mengikutnya ke masjid atau ke balai polis. Dia kemudian membawa pemuda terbabit ke masjid dan menunaikan solat sebelum bersalaman dan berpelukan. Sebelum berpisah, Caprice telah menghulurkan sedikit duit kepada pemuda terbabit bagi diserahkan kepada ibunya. Difahamkan, pemuda tersebut telah datang dari Johor Bharu dengan menaiki bas bagi berhadapan dengan Caprice setelah pempengaruh terbabit dapat berhubung dengan abang kepada pemuda terbabit.

Menjengah ke ruangan komen, ramai berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh isteri Caprice apabila memberi pengajaran kepada pemuda yang tidak tahu beradap dengan orang lain. Walau bagaimanapun, mereka sempat memuji Caprice kerana tetap menghulurkan duit dan tidak memanjangkan isu susulan tindakan kurang bijak pemuda berusia 23 tahun itu.

Terdahulu, Caprice telah mencari pemuda terbabit susulan tindakannya yang memaki hamun anaknya bersama Elis dengan kata-kata kesat serta menyamakan dengan dajjal kecil serta haiwan. Perkara itu telah membangkitkan kemarahan pempengaruh terbabit serta isterinya yang bersungguh mengesan keberadaan pemilik akaun Instagram tersebut sebelum memuat naik gambar pemuda itu beserta keluarga sebagai peringatan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version