Isu perkahwinan anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dengan pasangannya, Aslam yang hangat diperkatakan sebelum ini dilihat memberi kesan terhadap hubungan Abby Abadi dan Norman Hakim serta anak mereka. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali jernih setelah Abby Abadi ada menunjukkan dirinya meluangkan masa bersama keluarga ‘besar’ itu. Klik sini untuk lihat video.
Dalam perkongsian itu, dilihat Abby Abadi dan suami, Memey Suhaiza dan Marissa bersama anak-anak mereka termasuklah Marissa dan Aslam juga dilihat bersama. “Bukan untuk menang, kalah… Tapi tentang bagaimana mengatasi ujian2 yg ALLAH hadirkan agar kasih sayang keranaNYA. Takkan terus terpadam…Alhamdullillah, masih ada kesempatan. Terima Kasih ALLAH untuk segalanya.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan moral kepada Abby yang membuka hatinya untuk terima Aslam, bahkan ada juga yang turut memuji sikap Aslam yang dikatakan adil dalam memberi layanan kepada kedua-dua isterinya.
Buang yang keruh, ambil yang jenih, perkara pun dah terjadi, harap tak adalah persengketaan lagi. Amin. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.