Tak kesah walaupun selalu kena kritik dengan warganet, Kieda Crepe hadiahkan suami kereta idaman sempena ulangtahun kelahiran

Usahawan makanan, Kieda Crepe hadiahkan suami kereta idaman apabila memuat naik momen sewaktu membuat kejutan kepada lelaki itu di media sosial miliknya. Menerusi perkongsian Kieda atau nama sebenarnya, Nur Khalieda Yusra, dia telah memberikan kejutan kepada suami, Muhammad Hilmi Mohd Zaki dengan memberikan sebuah kereta mewah bersempena dengan hari lahirnya. Menurut usahawan yang kerap dilanda kontroversi berkenaan, suaminya adalah insan yang sentiasa berada bersama diwaktu suka dan duka. Klik sini untuk lihat video.

“Terima kasih tak pernah langsung keji Kieda even satu Malaysia mengecam Kieda sampai sekarang walaupun takda punca. Terima kasih jadi tulang belakang kieda , supporter yang kuat untuk kieda terus melangkah,” tulisnya. Kieada dilihat menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda berwarna biru dan diletakkan di atas sebuah lori yang dihias bersama belon-belon.

Momen bahagia buat pasangan suami isteri itu turut disaksikan staf-staf yang bekerja dengan mereka disamping kehadiran ahli keluarga masing-masing. Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang akui tumpang gembira melihat momen bahagia berkenaan. Ada juga antara mereka berniat sama seperti Kieda yang mahu menghadiahkan pasangan masing-masing kenderaan impian bersempena hari lahir jika mempunyai rezeki lebih.

Terdahulu, Kieda Crepe telah menerima banyak persoalan berhubung tindakannya yang melebarkan perniagaan dengan menjual baju pula selepas kedai makanan miliknya viral. Walau bagaimanapun, dia telah mendapat banyak kritikan di media sosial berhubung baju yang dijual kerana menggunakan namanya sendiri sehingga ada yang menyangka ia dicetak untuk diedarkan kepada staf di kedainya sahaja.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version