Dah lama tak berhubung dengan Syamsul, ini pula respon Datuk Yusof Haslam lepas tular tentang Ira Kazar dah bersalin

Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan yang mengatakan menantunya iaitu Ira Kazar sudah melahirkan cahaya mata sulung. Ketika ditemui, Yusof atau nama lengkapnya Mohd Yusof Md. Haslam Khan, 70, berkata dia dan isteri tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka juga sudah lama tidak berhubung dengan anaknya, Syamsul Yusof.

“Saya tidak tahu hal itu, jadi jangan tanya fasal ini (terima cucu baru). Lagi pula, saya dan isteri sudah tidak berhubung dengan Syamsul, sangat lama. Jadi saya tidak mahu komen apa-apa, sebab langsung tidak tahu. Kalau saya cakap mengenai perkara yang saya tidak tahu, nanti lain pula jadinya. Kalau betul sekali pun (dakwaan), saya tetap tak boleh komen sebab itu di luar pengetahuan saya.”

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem berjudul Ngesot yang berlangsung di mmCineplexes, Berjaya Time Square, pada Selasa. Dalam pada itu, Yusof berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul walau di mana anaknya itu berada. “Saya pertama kali dengar mengenai dakwaan ini. Saya sebagai bapa kepada Syamsul sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia.”

Terdahulu, timbul desas desus dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sudah melahirkan zuriat. Bagaimanapun, usia bayi mereka masih tidak diketahui memandangkan tiada sebarang pengesahan dibuat daripada mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut. Imbas kembali, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun berpisah pada 14 Jun 2023..

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version