Notis dah dikeluarkan sejak tahun 2006, ramai yang persoalkan tindakan penduduk Kg Sri Makmur tak nak berpindah

Warganet persoal tindakan penduduk di Kampung Sri Makmur  enggan berpindah dari perkampungan tersebut walaupun sudah menerima notis daripada pihak berkuasa. Menerusi satu perkongsian di X, @Amrlamnnn telah memuat naik semula satu video jengkaut dan lori cuba memasuki kawasan perkampungan itu untuk melakukan tugas mereka.

Namun begitu, penduduk kampung itu pula menghalang jentera itu untuk masuk ke dalam kampung mereka dan berkumpul di tengah jalan. Disebabkan itu, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan untuk mengosongkan jalan tersebut bagi memberikan laluan kepada jengkaut dan lori. Bagaimanapun, penduduk di perkampungan itu enggan tinggalkan jalan tersebut sehinggakan pihak berkuasa terpaksa menolak mereka. Klik sini untuk lihat video.

Pada ruangan kapsyen, @Amrlamnnn menjelaskan tanah berkenaan sebenarnya milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). “Keadaan di Kampung Sri Makmur, Gombak menjadi panas dan kecoh pagi ini apabola penduduk enggan berpindah dari kediaman yang diduduki sekian lama. Pihak berkuasa terpaksa mengawal keadaan ketika jengkaut menolak rumah tersebut. Tanah berkenaan adalah milik PKNS dan perobohan itu bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyuarakan rasa pelik mengapa penduduk di kampung itu enggan berpindah sedangkan tanah itu bukan milik mereka.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen mempersoalkan kewarganegaraan penduduk di kampung tersebut. Sementara itu, beberapa individu turut mendakwa notis berpindah dari perkampungan itu telah dikeluarkan sejak 2006 namun terdapat penduduk yang enggan mematuhi arahan berkenaan.

Menerusi laporan Scoopdotmy, penduduk di perkampungan itu telah menerima pampasan sebanyak RM1,00 pada Jumaat namun belum sempat dikeluarkan oleh penerimanya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version