MENGAKUI sedang mengenali hati budi seorang wanita sejak setahun lalu, ikon fesyen Wak Doyok mengakui sudah bersedia untuk menjadikan wanita itu sebagai isterinya. Kata Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 49, dia selesa berkawan dengan wanita itu dan berharap agar tahun ini mereka dipertemukan jodoh. “Saya bukan tak nak dedahkan kekasih hati di media sosial, cuma kalau tak jadi nanti malu sebab dah tayang semua kebahagiaan tapi sekali kecundang pula.
Saya ada kenal seorang wanita dan hampir setahun kenal dengan dia, saya pun dah dedahkan siapa saya sebenarnya supaya senang nanti. Terpulang kepada Allah kalau ada rezeki dan takdir jodohnya melekat alhamdulilah, tapi kalau tak ada saya doa lagi minta mak pula dapatkan jodoh,” katanya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.