Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona memberitahu dia pernah memperoleh pendapatan sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sebulan dengan melakukan kerja sebagai ‘influencer’ dan pencipta konten sepenuh masa. Bagaimanapun kata anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu, sejak melanjutkan pengajian di United Kingdom, dia mula mengurangkan aktiviti sebagai pencipta konten.
“Seingat saya sewaktu saya buat kerja itu (influncer/content creator) secara sepenuh masa, saya mendapat pendapatan sekitar RM20,000 hingga RM30,000 sebulan. Tetapi sekarang saya sudah sambung pengajian di UK dan buat di sana, jadi saya tidak dapat sebanyak yang sebelum ini pada waktu sekarang. Jangan datang atau DM saya tanya (dalam nada bergurau).”
Leona berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Apa Cerita?. Dalam pada itu, Leona memberitahu pendapatan yang diperoleh seseorang pempengaruh bergantung kepada konten yang dihasilkan dan populariti semasa. “Tetapi pendapatan itu bergantung juga kepada populariti seseorang pempengaruh itu. Sama ada dia relevan dan sebanyak mana konten yang dihasilkan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.