Baru setahun jagung dalam industri lakonan, pelakon Erysha Emyra menerima kecaman apabila didakwa memberi pengaruh negatif kepada penonton menerusi watak lakonannya dalam drama berjudul Aku Bukan Ustazah yang sedang ditayangkan di slot Akasia TV3. Erysha yang memegang watak sebagai Aminah dalam drama tersebut dikatakan memberi persepsi buruk sebagai Muslimah berikutan tindakannya memilih untuk tidak mengenakan tudung labuh dan berniqab, selain hanya mengenakan tudung yang digayakan singkat selepas berhadapan dengan masalah.
Namun, Erysha menjelaskan yang mesej yang ingin disampaikan dalam drama terbabit adalah mengenai realiti dilalui seseorang individu dalam berhadapan dengan cabaran untuk terus kekal istiqamah dalam setiap perbuatan. “Sekiranya kita ambil secara positif, kita dapatlah mesej yang menunjukkan realiti kehidupan sebenar iaitu bukan senang untuk istiqamah.
Sebenarnya saya juga seperti itu, ada hari yang iman kita naik dan turun. Ada juga maklum balas dari mereka yang mengatakan mereka juga begitu dalam TikTok,” jelas Erysha. Erysha ditemui pada sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi di Zebra Square, baru-baru ini. Tambah Erysha, ada sesetengah pihak yang melemparkan kritikan berkemungkinan sebenarnya tidak menonton keseluruhan episod itu dan tidak mengikuti siri Aku Bukan Ustazah.
“Saya rasa orang yang beri komen itu tidak menonton drama dan hanya melihat potongan video yang tular di TikTok. Ada yang mempertikaikan saya bertudung labuh dalam drama tiba-tiba ada babak bertudung singkat. Sebenarnya itu babak dalam rumah dan watak saya belum bersiap untuk keluar rumah, so that’s why tudung saya singkat,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai adegan bersentuhan dalam lakonan, Erysha mengakui yang dia terbuka untuk babak-babak seperti itu namun, tetap ada batasnya memandangkan dia mengenakan imej bertudung. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.