Datuk Red atau nama lengkapnya, Datuk Seri Adnan Abu akui masih menjalinkan hubungan rapat sebagai kawan dengan bekas isterinya, Adira Suhaimi. Ketika ditemui di Rumah Terbuka Mstar yang berlangsung di Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur, Datuk Red berharap agar rumah tangganya bersama Adira dapat disatukan kembali namun reda dengan segala takdir dan ketentuan Ilahi. Tambah Datuk Red lagi, meskipun dia dan Adira sudah sah berpisah pada 24 April lalu tetapi mereka kini selesa berkawan.
“Harapan saya memang nak kembali bersama tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak guna. Kehidupan berumah tangga ni, biar dua-dua setuju. Kalau seorang tak setuju, saya reda je. Sebenarnya, kami selesa berkawan. Tak nak gdh-gdh. Jadi kawan baik pun saya reda je.” Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai dakwaan segelintir yang menyifatkan Datuk Red memberi layanan berbeza kepada kedua-dua isterinya, dia menjelaskan perkara itu disebabkan Datin Red atau nama lengkapnya, Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim yang tidak suka tampil di media sosial.
“Memang betul pun orang nampak layanan saya kepada Adira dan Datin Red berbeza. Sebab Datin memang tak suka keluar di media sosial. Tapi Adira ni lain pula, dia pun selalu tolong saya. Datin banyak support saya dari belakang.” Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, memfailkan perpisahan terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman. Manakala Sharifah memfailkan perpisahan pada penghujung Januari lalu. Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.
Hasil perkahwinan Adnan Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.