Pelakon Izreen Azminda jadi perhatian wargamaya di media sosial baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam, 39, berkongsi foto dirinya yang kini sedang berbadan dua menunggu masa untuk melahirkan bayi keempatnya itu. Dengan perut yang memboyot, pelakon drama Kerana Terpaksa Aku Relakan itu sempat berseloroh di ruangan kapsyen.
“Entahlah, membuak-buak serupa periuk belanga, hari tu level-level pinggan nasi ja,” tulisnya. Dalam pada itu, Izreen yang bakal bersalin dalam masa terdekat itu berkongsi berat badan terkini apabila membalas pertanyaan peminat. “Banyak ampa.. kami dari 55Kg la ni 80Kg,” balasnya. Untuk info, Izreen mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017.
Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim dan Ali Idrees. Sebelum ini, Izreen pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Muhammad Riza Baharudin pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Adrian Umar. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.