Kekerapan memuat naik video dan foto mempamerkan dirinya ternyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Malah, terdapat segelintir warganet yang tampil berani menggunakan akaun palsu dan tinggalkan komen sarkastik terhadap adiknya, Umisya Mazlan. Justeru, tidak mahu perkara negatif itu terus tersebar, Nadia menerusi hantaran di Instagram Story nya tampil menegur tindakan individu tersebut.
Sebagai seorang kakak yang mengerti kesengsaraan yang dialami adiknya, Nadia menjelaskan bahawa apa yang berlaku bukanlah seperti yang diminta Umisya. Bahkan, adiknya itu pernah berharap kejadian yang menimpa diri dan anak-anaknya hanyalah mimpi semata-mata. “Lagi satu, Tahu tak apa yang dia nak? Dia nak bila bangun dari tidur semua ni adalah mimpi. Mimpi yang tak pernah berlaku dan terjadi dalam hidup. Mimpi yang akan merubah kehidupan dia dan anak-anak.
“Tapi, dia hidup dalam realiti, itu yang dia kena terima. Berpisah? Sudah pernah berpisah. Tapi Allah masih panjangkan jodoh mereka. Jadi kamu semua nak salahkan Allah dalam takdir yang sedang dia lalui?,” ulasnya. Dalam pada itu, Nadia turut mendedahkan mengenai komen tular yang mendakwa adiknya sengaja membuka aib suaminya sebelum ini. Katanya, Umisya melakukan semua itu dek kerana diminta oleh pihak keluarga yang terlibat untuk memberi pengajaran buat anak mereka, sekaligus menjawab dakwaan kononnya adiknya itu dikenali kerana menjadi ‘bayang-bayang’ Marissa.
“Oh nak clearkan juga satu benda ni. Ada baca komen ‘bukan ke dia yang sendiri buka aib suami dia? Dia yang expose semua,’. Dia buat tu semua semasa mereka sudah bercerai pada ketika itu. Dan bukan dia yang nak expose dan spill semua tu. Tapi mereka yang suruh dan minta Umisya buat semua tu. Dengan harapan untuk bagi pengajaran pada dia dan berhenti untuk buat semua benda tu. Sebab dia orang pun dah tak tahu nak buat macam mana untuk bagi dia sedar.
“Please, lepas ni tolonglah jangan jadi tangan jahat untuk menulis tentang sesuatu yang tidak pasti. Dan, tiada siapa pun dalam dunia nak minta jadi famous, dikenali sebab dicurangi atau dikhianati,” katanya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.