Asyik kena jawap soalan bagi pihak Syamsul, Yusof Aslam akui rasa rimas

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam akui rimas apabila sering diajukan pertanyaan mengenai anaknya, Syamsul Yusof. Ketika ditemui, Yusof berkata dia juga berasa tidak selesa apabila terpaksa mewakili anaknya untuk menjawab pelbagai spekulasi dan dakwaaan yang bertebaran dalam media sosial. Bagaimanapun kata penerbit yang terkenal dengan jolokan ‘Six Million Dollar Man’ itu, dia menghormati kerja pengamal media dan akan memberikan jawapan sebaik yang mungkin.

“Kalau media tanya saya, memang saya akan jawab dengan jujur. Syamsul tak balik rumah saya akan cakap dia tidak balik, nak bohong macam mana. Saya harap semua orang terima realiti. Terus terang saya rimas (beri kenyataan mewakili Syamsul), isteri saya pun begitu. Namun sudah menjadi asam garam selebriti, kena terima semua itu. Saya juga tidak boleh nak membelakangkan wartawan, saya faham kerja mereka. Saya akan berikan jawapan yang terbaik.”

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem berjudul Ngesot yang berlangsung di mmCineplexes, Berjaya Time Square, pada Selasa. Terdahulu, Yusof enggan mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan menantunya iaitu Ira Kazar sudah melahirkan cahaya mata sulung. Yusof berkata, dia dan isteri tidak tahu menahu mengenai dakwaan tersebut memandangkan mereka juga sudah lama tidak berhubung dengan anaknya, Syamsul Yusof.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version