Seorang anak tidak berdendam kerana bapa tak sengaja simbah asid sewaktu bergdh dengan ibu pada 14 tahun lalu meskipun kejadian tersebut menyebabkan wajahnya cacat. Memetik laporan Sinar Harian, Nurul Dahyatul Fazlinda berkata dia tidak berdendam kerana bapa tak sengaja simbah asid sewaktu perselisihan berlaku antara orang tuanya. Gadis berusia 22 tahun itu berkata, kejadian antara ibu dan bapanya telah menyebabkan wajahnya cacat kerana terkena percikan cecair dipercayai asid, namun ia berlaku tanpa sengaja.
Lebih menyedihkan apabila dia tidak mengetahui bapanya membawa pulang sebungkus plastik berisi cecair yang dicampurkan dengan minyak enjin motosikal. “Saya tidak pernah pun berdendam dengan ayah. Selepas kejadian itu, mereka berpisah dan kami adik-beradik duduk dengan mak,” kongsinya. Disoal mengenai kejadian yang berlaku, Nurul Dahyatul Fazlina berkata, pertengkaran antara ibu dan bapanya berlaku di ruang tamu.
Pada ketika itu, dia bersama tiga adik-beradik yang lain berada di bilik tidur. Namun, perkara tidak diingini berlaku sekelip mata apabila dia dan adik, Mohd Irfan, 16, cuba menjenguk keadaan ibu bapa mereka. Ceritanya, dia melihat bapanya memegang satu bungkusan plastik yang ada cecair di dalamnya dan orang tuanya cuba berebut bungkusan tersebut. “Ibu dan ayah cuba berebut bungkusan tersebut sehingga menyebabkan bungkusan plastik itu pecah dan kami terkena percikan cecair yang sebenarnya asid dicampur dengan minyak enjin,” ujarnya.
Akibat kejadian itu, dia mengalami cedera teruk pada bahagian muka dan mata, manakala adiknya dan ibu, Che Ku Zaimah Che Ku Awang turut mengalami kecederaan. “Waktu cuti sekolah dulu memang kami akan balik ke rumah ayah,” katanya ringkas Sementara itu, ayahnya dimasukkan ke dalam penjara dan telah dibebaskan pada 2017. Anak kedua daripada empat beradik itu memaklumkan dirinya semakin pulih dari segi mental dan fizikal walaupun masih kurang berkeyakinan untuk berjumpa dengan orang lain.
Dia kini sedang menjalani rawatan dengan pakar operasi plastik di sebuah hospital di Kuala Lumpur. “Rawatan yang saya terima ini melibatkan pengisian lemak di hidung sebanyak empat kali supaya operasi plastik di hidung nanti berjalan lancar. Saya sukar bernafas sekiranya tengah demam atau selesema yang teruk,” jawabnya ringkas.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.