Pempengaruh media sosial dan usahawan, Abang Tesla amuk apabila wajah isterinya, Nurmajdina menjadi sasaran face shaming warganet. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yursy di laman TikTok, dia dengan isterinya bercuti di Thailand bersama Umisya dan suami telah berjaya tarik perhatian warganet. Klik sini untuk lihat video.
Dalam video tersebut, Abang Tesla sedang merakam momen percutian mereka dan Majdina dilihat menangkap gambar Umisya bersama suami ketika menaiki bot untuk menuju ke sesuatu destinasi. Bagaimanapun, tindakan warganet yang tergamak mengkritik wajah Majdina undang kemarahan Abang Tesla dan menyifatkan individu terbabit tiada adab dalam percakapan.
Terdahulu, Abang Tesla jadi bualan hangat ramai apabila dia umum berkahwin dua selepas mendapat restu daripada isteri pertamanya. Menurut Abang Tesla, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami. Dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua. Umisya juga jadi bualan hangat ramai apabila suaminya, Aslam berkahwin dengan anak pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand.
Difahamkan juga, Umisya bersama madunya saling tidak berhubung antara satu sama lain namun, tidak pernah bermusuh mahu pun bersahabat. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.