Aeril Zafrel mohon bantuan untuk cari lelaki ni, tak sangka rupanya individu tu masuk dalam kawasan rumah dan tinggalkan barang sihir

PASANGAN selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal memohon bantuan orang ramai untuk menjejaki seorang lelaki yang dipercayai menghantar ‘barang’ sihir ke kediaman mereka. Menurut Aeril atau Suhairil Sunari, 36, laporan polis telah dibuat dua hari selepas dia menemui batang pinang serta kulit limau yang dibakar kira-kira dua minggu lalu. Bagaimanapun pihak berkuasa sukar mengesan individu berkenaan selepas gagal mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Klik sini untuk lihat video.

“Budak ini panjat rumah saya dan apabila tengok dia letak barang itu… Kalau kenal boleh mesej saya. Laporan polis telah dibuat tetapi susah nak kesan sebab nombor plat tak dapat dirakam oleh CCTV,” katanya. Aeril berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat berserta video memaparkan wajah lelaki berkenaan. Sementara itu, Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, ketika dihubungi memberitahu tidak menyangka ada individu tergamak melakukan perbuatan sebegitu terhadap mereka.

“Jiran saya juga berkongsi rakaman CCTV, mula ingat lelaki itu nak mencri namun dua hari selepas kejadian itu kami jumpa barang diletakkan dalam kawasan rumah. Memang kami tidak kenal lelaki tersebut dan tak sangka ada orang tergamak melakukan perbuatan sebegitu,” ujar. Wawa juga sebelum ini mendedahkan dia dan Aeril sudah beberapa kali berdepan situasi di mana ada pihak cuba melakukan perbuatan jahat terhadap hubungan mereka.

“Sejak berkahwin dah banyak kali berlaku. Pernah juga jumpa barang-barang pelik di pejabat. Kami tidaklah guna ‘pendinding’. Cuma menjaga amalan supaya terhindar dari perkara sebegitu,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version