Sedih bila fikirkan anak anak, Puteri Sarah luah rasa bimbang dengan Bella Astillah masih belum terima kenyataan tentang perpisahan

Pelakon Puteri Sarah akui berasa sedikit bimbang dengan keadaan aktres, Bella Astillah masih belum terima kenyataan susulan perpisahan sahabat baiknya itu yang berlaku baru-baru ini. Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia hanya berjumpa dengan sahabatnya itu selepas Bella menjemputnya untuk datang ke rumah pada Hari Raya Haji.

“Saya dah lama tak jumpa Bella, masa dia pisah tu pun dia baru balik dari Jakarta dan terus pergi mahkamah. Jadi tak berkesempatan untuk jumpa dia. Kebetulan raya haji haritu, dia mesej, datanglah jumpa dia. Jadi saya pun bawa anak-anak pergi jumpa dia, jumpa mak dia dan jumpa adik dia untuk beri sokongan,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran drama bersiri ‘Polis Peronda’.

Pelakon berusia 39 tahun itu turut berkongsi Bella masih dalam fasa terkejut disamping sedang menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Selain itu, Puteri Sarah turut berkata sebagai sahabat, dia mahu memberikan sokongan penuh dan semangat untuk Bella meneruskan kehidupan. “Bella masih dalam fasa terkejut dan masih nak menyesuaikan diri. Jadi kita sebagai kawan, kita sokong dan bagi semangat untuk dia teruskan hidup. Dia masih sedih, memang sedih. Tak macam saya dulu tak sedih sebab saya dah lama move on,” kongsinya.

Sementara itu, Puteri Sarah juga berkata Bella masih belum menerima kenyataan pahit itu disamping turut bersedih dengan nasib anak-anaknya. “Dia masih tak boleh terima kenyataan, tapi dia mencuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang sebab ini adalah kali kedua kan dan dia paling sedih adalah anak-anak dia lah. Tapi saya cakap dengan dia, kami di sini untuk awak. Kalau ada apa-apa tolong bagitahu,” ujarnya. Baru-baru ini, Puteri Sarah telah memuat naik beberapa foto memaparkan dia sedang meraikan hari raya Aidiladha di kediaman Bella.

Pada hantaran itu, Puteri Sarah menitipkan pesan buat Bella untuk terus kuat menghadapi kehidupan selepas memegang status ibu tunggal. Terdahulu, Bella yang juga merupakan penyanyi sah berpisah talak satu dengan suaminya Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa lalu. Sebelum berpisah, pasangan itu telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean yang berusia tujuh tahun dan Ara Adreanna yang berusia empat tahun.

Sementara itu, Puteri Sarah pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayya, 5 tahun. Sebelum berpisah dengan Puteri Sarah, Syamsul telah mengumumkan dia sudahpun bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand pada 6 Januari 2023. Kemelut antara Puteri Sarah dan Syamsul berakhir dengan lafaz cerai talak satu daripada aktor itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2023.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version