Teruk kena kritik dengan warganet pasal baju sukan Olimpik negara, sekali ini pula respon dari Datuk Hamidin

“Kalau baju cantik, tapi tak dapat emas pun tak guna..” Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, tiada gunanya jika rekaan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 cantik sekiranya mereka gagal memberikan kilauan emas buat negara. Beliau berkata, tema utama pakaian rasmi dihasilkan termasuk penggunaan warna emas berbanding jingga sebelum ini mempunyai tujuan tersendiri.

Maklumnya, warna tersebut memberi tujuan untuk membawa aura pingat yang menjadi idaman kontinjen negara pada temasya sukan berprestij dunia tersebut. “Kita sudah setuju dengan Yonex (pengeluar pakaian rasmi) untuk tunjuk warna emas…warna jingga sudah lama sejak 2004 lagi, jadi ramai atlet sebelum ini minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk tukar warna lain. MOM sudah sepakat dengan Yonex untuk tukar kepada warna emas kerana kita menyasarkan untuk menang pingat emas, itu sebenarnya tema dan Yonex juga berpendapat warna emas padan dengan warna hitam… kalau baju cantik, tak dapat emas pun tak guna,” katanya.

Dalam masa sama, beliau juga menjelaskan penggunaan bendera Malaysia di sebelah kiri pakaian rasmi tersebut yang kurang tepat seperti dibangkitkan pengguna media sosial. Jelas Hamidin, ia sebenarnya merupakan logo rasmi MOM. “Warna jingga, emas, hitam biru semua boleh, ini logo Majlis Olimpik Malaysia bukan bendera Malaysia, jadi tiada masalah,” katanya lagi.

Hamidin yang juga Timbalan Presiden MOM berkata, rata-rata atlet negara yang bakal beraksi pada Sukan Olimpik 2024 bersetuju dengan rekaan pakaian rasmi. Dikesempatan itu, Hamidin meminta semua pihak termasuk orang ramai terus memberi sokongan padu kepada kontinjen negara Sukan Olimpik kali ini yang akan dibuka secara rasmi pada 26 Julai ini. Sedar rekaan pakain rasmi Sukan Olimpik kali ini menerima kritikan, beliau berkata MOM mungkin akan membuka peluang buat orang ramai bagi menunjukkan bakat masing-masing pada edisi akan datang.

“Saya sudah hubungi Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan pada dasarnya beliau sudah setuju masa akan datang (Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles), kita buka pada peminat untuk reka (pakaian rasmi kontinjen), kita akan pilih dan mungkin beri sagu hati,” katanya. Hamidin turut mengakui kesilapan menggunakan patung mannequin bagi memperagakan pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version