BEKAS pembantu peribadi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida berharap pasangan usahawan berkenaan membatalkan niat meneruskan saman mengkomitkan dia ke pnjra. Melati atau Melati Abdul Ghani, 47, berkata, disebabkan kes berkenaan yang bakal berlangsung pada Jumaat ini, dia sering menangis dan berasa tertekan sehingga mengalami masalah anxiety. “Memang saya menangis dan rasa tertekan sampai sekarang. Saya harap dia tarik balik kes sebab tak mahu lagi kes ini berlarutan lebih lama.
Sekarang pun saya sedang menjalani terapi kerana mengalami anxiety disebabkan saman fitnah tersebut. “Saya pun sudah tak mahu lagi dikaitkan dengan dia (Aliff) lagi selepas ini,” katanya. Menerusi laporan pada Isnin, peguam Aliff dan Shahida iaitu Hasshahari Johari Mawi memaklumkan perintah ex-parte untuk mengkomitkan Melati ke pnjra sudah diberikan kepadanya. Melati juga akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyan Shah Alam secara fizikal Jumaat ini.
Dalam pada itu, Melati memberitahu sudah tidak mempunyai wang untuk melantik peguam baharu bagi mempertahankan dia di mahkamah nanti. Melati memberitahu dia kini merupakan penanggung tunggal keluarganya selepas suaminya disahkan menghidap slip disc tahap lima. “Memang saya sudah tidak ada wang untuk upah peguam. Saya sekarang kerja seorang diri menampung perbelanjaan keluarga. Suami saya tak boleh kerja sebab masalah slip disc tahap lima. Saya cuma mengharapkan pendapatan daripada mengasuh dan menjual makanan secara atas talian,” jelasnya.
Tambah Melati, ketika ini dia cuma mampu berdoa dan meletakkan tawakal kepada Allah agar niat Aliff memenjarakan dia tidak tercapai. “Semoga niat dia nak penjrkan saya tak tercapai,” ujarnya. Kes saman fitnah melibatkan Melati dan bekas majikannya bermula pada 2021 sebelum mahkamah memberi kemenangan pada pihak Aliff pada Oktober 2023. Susulan keputusan itu, pada 29 Mei lalu Melati tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Shahida atas fitnah dilakukan kira-kira lima tahun lalu.
Untuk rekod, Melati pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi pasangan usahawan itu selama empat tahun sebelum diberhentikan pada Julai 2020. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.