Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri mengejutkan ramai dengan mendedahkan tangkap layar perbualan yang didakwa antara aktor itu bersama seorang wanita. Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa perbualan berbaur lucah itu dihantar sendiri oleh wanita tersebut untuk membuktikan kepada Shuhada bahawa dia dan Hafidz sedang menjalinkan hubungan istimewa.
“Ini perbualan antara pelakor (wanita perampas) dan bekas sisa (Hafidz Roshdi) saya. Untuk pengetahuan, chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.” Dakwa Shuhada lagi, itu adalah antara salah satu punca mengapa dia memfailkan perpisahan terhadap bekas suaminya itu.
“18 bulan saya bersabar. Kau yang mula dulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata-kata ‘jangan mula dulu Shu, kalau dia yang sebarkan dulu then baru you up’. Jadi di sebabkan sampai perbualan mama saya pertahankan. Saya pun di malukan, jadi silakan menjamu hidangan. Jangan jolok sarang tebuan. Kau sentuh mak dan anak-anak aku, kau habis.” Hafidz Roshdi kemudian berkahwin pula dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023. Hasil perkongsian hidup bersama Shuhada, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.