Tengah hangat pasal isu baju sukan olimpik negara, kali ni giliran Datuk Azizulhasni Awang pula bersuara

Sejak kebelakangan ini, peminat sukan tanah air meluahkan rasa tidak puas hati terhadap design pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 yang dikatakan agak ketinggalan dan ‘membosankan’. Tidak terkecuali, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersuara mengenai isu tersebut yang meminta pereka fesyen tempatan, Emran Rijal untuk berkolaborasi bersama kontingen Malaysia untuk menghasilkan pakaian rasmi sukan Olimpik.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Emran Rijal dengan memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Mohd Azizulhasni di Insta-story. “Bro, kontingen Malaysia sepatutnya berkolaborasi dengan kamu untuk menghasilkan pakaian rasmi sukan Olimpik kita,” ujar Mohd Azizulhasni. Hargai cadangan yang diberikan oleh pemenang pingat Sukan Olimpik dua kali itu, Emran berkata sentiasa berlapang dada untuk menerima tawaran tersebut sekiranya diberi peluang.

“Kalau saya diberi peluang, dengan senang hati saya akan melakukannya dan buat ia sebagai satu projek kolaborasi bersama pereka Malaysia yang lain. Negara kita kaya dengan pelbagai budaya dan ia sangat mengecewakan apabila saya tidak dapat peluang untuk mengetengahkan idea tersebut sebelum ini. Semoga yang terbaik untuk kamu, JAGUH!” katanya. Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah merasmikan pakaian kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan iaitu baju berkolar, baju T dan jaket di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Bagaimanapun, ia menerima kritikan hebat netizen kerana tidak berpuas hati dengan rekaan ditampilkan bahkan, ramai yang berpendapat MOM boleh menghasilkan rekaan yang lebih baik untuk kontijen negara. Menurut Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib, pakaian rasmi kontinjen negara tersebut telah dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan cabaran tertentu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version