Lebih dari setahun tak berlakon, Hafidz Roshdi luah rasa syukur akhirnya dapat tawaran berlakon kembali

Lebih setahun tidak berlakon, pelakon sensasi Hafidz Roshdi, 30, bersyukur kembali mendapat tawaran dalam bidang seni. Ibarat diberi peluang kedua, pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi ini mendedahkan situasi terbabit menjadi tempoh paling lama dia tidak berlakon selepas menempuhi beberapa ujian dalam hidup. “Syukur Alhamdulillah, Allah bagi peluang kedua atas rezeki yang diterima ini. Selepas beberapa bulan saya buat e-hailing penghantar barang, kini saya kembali dapat tawaran lakonan. Kiranya macam periuk nasi saya terbuka kembali.

“Masih ada yang mempercayai bakat saya dan terharu bila produksi Global Station memberikan tawaran membintangi drama Bawah Payung Awan musim kedua. Lebih sebulan saya shooting dan kini sedang menghabiskan baki penggambaran,” katanya. Ketika ditanya sebab dia tidak mempunyai tawaran kerja sebelum ini, Hafidz bagaimanapun percaya rezeki dan enggan memikirkan mengenai perkara terbabit.

“Sebenarnya, saya ada menerima tawaran lakonan, termasuk awal tahun ini namun akhirnya tiada rezeki kerana mungkin nama tidak diluluskan. Saya pun tidak pasti apa sebabnya. Saya tidaklah mahu bertanya kepada penerbit atau pengarah mengenai hal tersebut. Saya hanya anggap saja tiada rezeki. Buat masa ini, saya masih lagi meneruskan kerja sebagai penghantar barang untuk sebuah syarikat.

Saya anggap kerjaya sebagai penghantar barang dalam tempoh empat bulan ini sebagai proses terapi atau ‘healing’. Ia sedikit sebanyak membantu meredakan masalah bipolar yang dihidapi sejak 2021 sebab saya dapat berbual dan berjumpa dengan orang ramai. Saya buat ‘job’ ini pun selepas dicadangkan oleh pakcik saudara. Tidak sukar sebenarnya untuk mendaftarkan diri untuk bekerja dalam bidang e-hailing ini,” katanya lagi.

Kata Hafidz, dia hanya berlapang dada dan berharap agar pembabitannya dalam drama terbaru itu akan membuka lagi pintu rezeki buatnya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version