Anak kepada pelakon veteran, Kasih Iris Leona buat rawatan Fat Melting Treatmeat sebagai inisiatif untuk mengecilkan dan membuang lemak di bahagian dagunya telah berjaya tarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, dia telah berkongsi kepada pengikut mengenai proses rawatan tersebut di sebuah klinik. Meskipun proses tersebut kelihatan agak ‘menyeramkan’, namun gadis yang berusia 22 tahun berkata rawatan itu tidak berasa sakit sama sekali. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, segelintir peminat luah rasa bimbang Leona membuat rawatan sedemikian kerana tertekan dengan kata-kata warganet negatif terhadap dirinya sebelum ini. Dalam pada itu, ramai yang memuji Leona tetap cantik walau apa jua keadaan dan ada yang kagum dengan sikapnya yang sentiasa positif dalam mengharungi pelbagai dugaan.
Terdahulu, Leona menegaskan dirinya tidak menghidapi sebarang penyakit tiroid pada bahagian leher seperti yang didakwa segelintir netizen dalam media sosial baru-baru ini. Dia berkata lehernya kelihatan bengkak bukan disebabkan penyakit berkenaan sebaliknya disebabkan pertambahan berat badan. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.