Tular pasal video rapatkan muka dekat skrin, tak boleh berdiam Influencer muslimah tampil mohon maaf dan mengaku salah

Influencer muslimah mengaku salah dan mohon maaf atas kekhilafannya berkenaan video yang memberi nasihat dengan mendekatkan wajah ke skrin sehingga mendapat perhatian ramai. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh influencer muslimah yang dikenali sebagai Fatin di laman TikToknya, dia berkata tujuan hantaran tersebut hanya mahu menyampaikan mesej kepada umum supaya tidak membandingkan diri dengan orang lain. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, dia akui kaedah yang digunakan dalam menghantar mesej kepada umum adalah tidak sesuai sebagai seorang muslimah. “Fatin sedar pendekatan dalam menyampaikan mesej agak salah, tidak sesuai dari segi suara, muka yang betul-betul dekat dengan skrin. Jadi dengan rendah diri Fatin memohon maaf kesilapan yang saya buat. Banyak sangat benda yang Fatin belajar daripada apa yang berlaku terutamanya saya akan memperbaiki dari segi suara, ekspresi muka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fatin memberitahu akan memperbaiki kualiti kandungan videonya pada masa akan datang selepas mempelajari kesilapan yang dilakukan berhubung isu tersebut. Bukan itu sahaja, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai untuk segala teguran dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini. “Untuk akan datang Fatin akan hasilkan kualiti video yang lebih baik dan sesuai. Fatin banyak sangat belajar tentang apa yang boleh buat dan tidak. 

Saya sebagai seorang muslim saya akan jaga lebih baik dan teliti proses sebelum memuat naik sebarang video di media sosial, insya-Allah. Terima kasih untuk komen yang positif dan negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara. Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan satizah dan korang semua,” katanya. Terdahulu, pendakwah bebas popular, ustazah Asma menegur tindakan Fatin yang memberi nasihat menggunakan suara lembut dan manja sambil merapatkan wajah ke skrin.

Tegasnya, pendekatan pempengaruh muslimah itu tidak sesuai digunakan kerana mengundang pelbagai kesan negatif apabila menjadi ‘bahan’ kepada perbuatan jijik sesetengah pihak termasuk dalam kategori soft prn. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version